Translate

Sunday, January 22, 2012

#17 - Tiba-tiba teringat pesan abah ..


Adui..sejak kebelakangan ni,  mmg astro btul (macam2 ada)..  test arab, test law, kritik english, debate (miss afzan nk tngok plak tu), my turn utk bg tazkirah dlm usrah, kalam hur, impromptu speech lagi... ditambah pula dgn law n society yg ntah knapa aku xleh catch-up lg smpai skrg.. kenapala lambat sgt utk aku dpt ilmu ni.....skrg ni exm week pulak tu.. hmm


Tiba-tiba, teringat kata-kata Abah.. merangkap personal motivator, personal advisor, personal counselor .. the most understanding motivator in the world lah senang crita (yelahh..bcoz he raised me since i was born..)

Masa tu, kami sekeluarga di salah sebuah restoren di Nilai,
Yes, my family came here, it was weekend.. maka mereke ingin melawat anak mereka yg tercinta ini <3,
(-.-) ok smbung balik..

masa tu dekat restoren,
sambil mkn, aku termenung sambil fikirkan law n society...camana nk adapt ni...
GPML (general prncpl of law) complecated nye mende alah ni..
boleh ke aku bwak law ni? mampu ke? nk kena guna critical thinking apa smua..
I gathered all my strength, took a deep breath, hold my fist, and finally, i spoke it out -
"Abah, i dont think i can carry well in law laaa.."
he didnt respond me  -.-
"i dont think that im capable to be a critical thinker, knows everything in politics, constitutions,....."
and  suddenly he pointed his finger directly to my face, and said " Mawaddah, mawaddah dah buat 1 kesilapan yg besar"
~gulp~

then, he continued ( nk dekat 10 minit jgak la lecture ni, tp dlm edisi ni, telah disingkatkan n diolah sket..tp content nye still sma)


mcamana mwdh boleh ckap mwdh xboleh???
Mawaddah, manusia ni kan, kalau nak diikutkan dari segi fizikal kita, asal kita yang dari tanah ni, kemampuan kita memang tak ke mana, sangat sangat terbatas, memang tak mampu.

 Tapi, kalau dari segi spiritual, mental kita, ruh kita ----->  UNLIMITED!


mwdh lupa apa yg Allah kata?  .....

....ونفخت فيه من روحي..

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya rohku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.


Cuba mwdh tngok nama-nama Allah yang 99 tu..

الرحمن  -  Maha Pengasih
الرحيم   -  Maha Penyayang
الغفور   -  Maha Pengampun
العدل    -  Maha Adil
الكريم   -  Maha Pemurah

Bila kita tengok nama-nama Allah yg 99 tu, perasan tak? nama-nama Allah tu sama mcm sifat yang ada pada kita. Allah Maha Pengasih -  kita pon pengasih. Allah Maha Penyayang - ye, kita memang penyayang. Allah Maha Pemurah - betul2..manusia ni memang pemurah.. see? Semua sifat kita datang dari Allah. Sama mcm Allah. Cuma apa yang  kita takde ialah title YANG MAHA dan yelah, title tu memang tak mungkin mana-mana manusia ada. Sultan-sultan tu lain kiralah..tu cerita lain pulak. Sebab tulah Allah kata kita ni sebaik-baik makhluk.

Macamana yang boleh sama ni? Sebab apa? Sebab...  ونفخت فيه من روحي (Aku tiupkan padanya rohku) 
---->rohku<---- 

Tengokla betapa istimewanya manusia ni sehinggakan Allah beri kita roh dari roh Allah sendiri. Dan sifat roh Allah bagi tu, sesungguhnya, tiada siapa yang tahu batasannya!

Rata-rata orang dah buat kajian dah, mawaddah....macam-macam kajian diorang buat..kaji mengenai kemampuan otak manusia. Dan sampai sekarang orang masih belum jumpa limit kemampuan otak manusia ni takat mana. Hafal hafal hafal, belajar belajar belajar..ingat dah penuh..tp, aik! boleh isi lagi..! belajar lagi, hafal lagi..aik!! tak penuh-penuh jugak!

"Oleh kerana itu, kamu! (again, he pointed his finger tu me) dengan fizikal kamu, memang kamu x mampu. Tapi, dengan roh kamu yang Allah bagi, dengan akal yang Allah bagi ni, tiada apa dan takde siapa tahu batasannya melainkan KAMU SENDIRI yang membataskannya, melainkan kamu sendiri yang kata 'tak boleh' . Sapa kamu dengan sewenang-wenangnya n memandai-mandai nak membataskan kemampuan yang Allah dah bagi? Sapa kamu????? "
  : )
  : (
  : D
  : p
  : I
  : 0

so, that was a short motivation, but brilliant n meaningfull given by father. Actually, if u listen to him secara live, maybe ianya akan lebih terkesan, terus meresap ..zuup! kedalam jiwa dan sedikit sebanyak, akan membangkitkan semangat kita untuk terus belajar..

"Just do your best, Allah will do the rest"  :)

comel betul abah n mak ^^  seriously mak, abah..i miss both of u  T____T   .. love u



Friday, January 20, 2012

#16 - joke of the day

tahniah la mun..lawak ko menjadi..aku duk kerja tringat ja bnda ni..haha



Kawan-kawan, apakah maksud 'HIPOKRASI' ?
 ·  · 

  • 3 people like this.

    • Eyda Meeda sy tau ape mksud nye ..!!! hahaha
      Wednesday at 10:38pm · 

    • Wanie Rifai perbuatan mengutarakan kepercayaan & pendapat yang bukan pegangannya sendiri, falseness atau kepalsuan, kepura-puraan..
      Wednesday at 10:41pm ·  · 

    • Hanis Saian mengucapkan 'hi' kepada 'pork' yang sudah di-'kasi'.terjadilah hipokrasi.
      Wednesday at 10:56pm ·  · 

    • Siti Nadiyah Muhamad taklah hanis..sebenarnya ialah perkataan saintifik bg HIPPO yg sudah mati KERAS. terjadilah 'Hipokrasi'
      Wednesday at 11:24pm ·  · 

    • Princess Amiey hipokrasi tu perbuatan yg berpura2 baik..
      Yesterday at 12:14am ·  · 


      HAHA!

Wednesday, January 4, 2012

#15 - short drama

MySpace Assalamualaikum,


:)   The weather was beautiful and the morning promised a perfect day. The smell of cold fresh morning was hovering in the air. I was still on my bed, trying to get my eyelids close.. "please give me some more sleep! " 


But, i just actually wasting my time. i wont fall asleep. how can i fall asleep if TODAY is the day where i hve to embarress myself infront of the class.. aaarghh!


i never ACT infront of anyone before..(except my parent2 n my siblings). Aku xpernah dapat apa2 watak kecuali haritu, time FamilyDay..tu pon jd narrator x bertauliah.. But suddenly, i have to act with a boy, only with that really boy, i mean..we'll act together..only the two of us! Owwwhh Emmm Jiiii ... and guess what, i'll be the wife and he'll be my husband. Owh awal gila aku kawen. Luckyly, i got a boy that i am comfortable to work with..of course, we do experienced the awkwardsome..naah..normal la tu..as long as he gave me 100% of cooperation...then, it wont be a big deal for me to work together :)


At first, i tried to be as "bajet cool" as possible.. i setted up my mind, tried to act  be professional, cuba untuk menjadi se'sporting' yg boleh..tp skrg ni, perut sudah kecut..tangan sudah beku..parkinson sudah datang..mulut sudah gigil..fikiran sudah melayang..kaki sudah keras..jantung sudah kencang ... ni dah mcm symptom2 pnyakit kronik jenis apa pon aku xtaw....


Kejap lagi.. kejap je lagi... iaitu jam 3.30 ptg.. maka akan tibalah masa utk aku mncabar diri sendiri, iaitu BE CONFIDENT !! dup dap dup dap dududup dadadadap

Saturday, December 17, 2011

#14 - C.I.N.T.A.

MySpace

Di sebuah taman kota cosmopolitan 2001, Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi nyang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragic. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan injin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu mengharukan. Di dalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya : Tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta sejati yang suci ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah.


Sebuah kisah lain tentang tragedy cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anak mati tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedy bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedy pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia Berjaya menacapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya. Nauzubillah!


-gambar hiasan-

Di sebuah rumah di jazirah arab 1400 tahun yang lampau Abdullah bin Abu Bakr baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang begitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau mendapati anaknya sedang berbual-bual dengan atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan terus jalan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar apabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : “Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dalam kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia! “

Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu Bakar mendapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mula sibuk dengan isteri yang cantik. Ketika beliau mendapati Abdullah terpesona dengan keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isterinya yang cantik dan amat dicintainya. 
Subhanallah !!!


dipetik dari MIHWAR

#13 - now i know

MySpace

watching some of my friends, sitting in frustration, depressed, dispirited.. i just dont know how to help them. well i'm not a motivator after all. All i do was just.. listening..and nodding, smiling, and nodding again. sometimes i spoke up what i feel. but i guess it wasn't helping much. hmmmph.

PLEASE, I DONT UNDERSTAND. That was my first expression. i just cant understand the reason why cant they just accept their fate and try  their best to adapt to the subjects. Why were they choose to keep on complaining, blaming the UPU result, and continue saying that " I CANT DO THIS" rather than try harder to success?

somehow, i try my best to understand them. I try to place myself in their situation. just imagine. what if, (hope it wont and dont ever ever happen eh) i suddenly got UPNM (although i never applied .. hoho) AND that was the one and only university i got AND i have no other options AND both of my parents are pursuing me to go there AND i have to go there AND my whole life will be spent doing what i guess not my type at all !

the problemSSS are,  i really x1000 dont like kawad! (in other word, i hate it!) -  i dont like to burn myself under the sun ( aku cepat pening kpale)  -  i dont like to tuck-in my shirt  -  i dont want to keep on polishing my shoes  -  i hate to be strictly disciplined  -  i hate this i hate that i hate them all

perhaps, i'll be in that kind of situation too. sitting in frustration, depressed, dispirited, or even worst. hmm. so, those will be the feeling when we were forced to do something that were not within our passion. 

therefore, for my beloved friends out there, those who were in disappointment, stress and etc.. i dont know if i could help more. all i can do is just pray for your best, and support you from the back.  i hope that u will achieve ur success wherever u r, be strong.. and remember..

>>>>ALLAH KNOWS BEST<<<<

“…and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allaah knows but you do not know.” (Surah Baqarah: 216)








Friday, December 2, 2011

#12 - Get well soon - special for Atirah Azmi

MySpace Assalamualaikum, :)

Baca pon, dh baca.. Periksa pon, dah periksa.. maka tibalah saat ambik result pulak ! Lani advance dah. Tngok thru internet je. Everything is at your fingertips la katekan. Hoho. sapa xketar lutut, tak sejuk kaki tangan, mmg power xtaw nk kata apa. Masa tu lah akn diuji tahap ikhlas n redha kita :)

Disaat smua org sibuk di fb Ef Bi, disaat smua masih mncuba log in e-wadi, teringat saya pada seorg sahabat yang sekarang ni, kat hospital. Athirah Azmi. hmm..cuti2 ni, Dia x online. kalau on pon, tu kakak dia. bukan dia. Selalu mesti dia online. Ramah orgnya athirah ni. Tringat pulak first time berkenalan. Nak tergelak la pulak. Berkenalan thru Adibah,  sbb Adibah dulu skolah skali dgn dia. Sblum masuk usim lgi dah contact-contact mcm dh kenal lama. Padahal jmpa pun xpenah.

It was too sudden, and too hard for everybody to accept the bitter truth that she was dignosed with leukimia.
[[ Leukemia is a type of cancer of the blood or bone marrow characterized by an abnormal increase of immature white blood cells called "blasts". ]]
I just cant believe how strong and SABAR athirah is to accept and face the biggest test from Allah in her 18-year-old life. 


“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)




Dari Abu Said al-Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah SWT akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (Muttafaq ‘alaih)




Rasulullah bersabda:

 “Sesungguhnya jika Allah akan menyintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang bersabar maka kesabaran itu bermanfaat baginya. Dan barangsiapa marah (tidak sabar) maka kemarahan itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam at-Tirmizi. Ibnu Muflih berkata: “Isnad hadis ini baik”)






Athirah, whatever happens.. just REMEMBER. You still have ALLAH that never stops giving his blessings especially to an amazing girl like you, your family that continue to give you strength and support around you, and dont you ever forget my dear.. you still have us, your friends that will never let you went through this alone. Although we might be not there to hold your hands, and say " Athirah..cepat sembuh..", but, indeed, we will always pray for you, your health and happiness ^.^

chaiyok athirah, chaiyok!!

Monday, November 28, 2011

#11 - soal-soal mazhab

assalamualaikum :)

Melangkah ke dunia Universiti, maka secara automatiknya kita telah atau akan ter’expose’ dgn segala mcm bnda di dunia ini yg berkaitan dgn kefahaman dari segi aqidah dan feqah. Dan skrg ni, di mna-mna university pun, semestinya para pelajar akan selalu diajukan dgn ‘tricky question’ samada dari org luar ataupun pensyarah itu sendiri yg mna, jika kita tidak mmpunyai pendedahan yg mndalam mngenainya, dikhuatiri mnyesatkan. Disini, ada cntoh2 soalan yg agak hot dibincangkan, sila scroll ke bawah ye...

Soalan :
Soal: Kita mazhab apa?
Jawab: Mazhab Syafie.
Soal: Rasulullah mazhab apa?
Jawab: ????
Soal: Kita kena ikut siapa?
Jawab: Ikut Rasulullah lah.
Soal: Habis tu kenapa ikut mazhab? Kita di suruh ikut Rasulullah. Bukan Ikut mazhab. Betul tak?
Jawab: ??? Konfius ….


 HURAIAN MASALAH



Memang kita wajib ikut Rasulullah SAW. Itulah perintah Allah SWT.
Tapi bagaimana nak ikut Rasulullah?  Rasulullah dah lebih 1000 tahun meninggalkan kita. Jadi bagaimana nak ikut Rasulullah?
Lalu bila kita buka al-quran, maka jumpalah ayat :
{فاسألو أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون}
Maksudnya : Maka bertanyalah kepada (أهل الذكر) org yg mngetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

(أهل الذكر) yakni org yg mngetahui mmbwa maksud para ulama’. Mana mungkin untuk kita terus mengikuti sunnah Rasulullah yg telah lebih 1000 tahun mninggalkan kita tanpa melalui ulama. Mana mungkin utk kita menganalisa hadis sendiri tanpa berpandukan ulama. Nak analisa sendiri? Hadis berapa banyak kita hafal? Ilmu hadis pun tak seberapa. Quran tak hafal. Ilmu quran tak ada. Bahasa arab reti sepatah dua je. Ilmu bahasa arab setakat SPM je lah buat bekal. Ini kita yang sekolah agama. Yang tak sekolah agama pulak lagi la tak seberapa ilmunya.
Kita mengikuti mazhab BUKAN brmaksud kita tidak mengikut Rasulullah. Mengikuti mazhab brmaksud kita sedang mengikuti Rasulullah melalui jalan yang dilalui oleh para ulama. Kenapa mengikut jalan ulama? Kerana mereka lebih mengetahui. Mereka mendalami bidang ilmu ini. Mereka memiliki tahap kemampuan ilmiah sehingga berupaya berijtihad sendiri. Wajiblah bagi orang yang kurang mengetahui mengikut bimbingan para ulama. Haram mengada-adakan sendiri metode beragama berdasarkan tahap keilmuan yang cetek. Kerana itu bercanggah dengan perintah Allah dalam ayat di atas serta akan membawa kepada kesesatan yang jauh. 
 
 Masalahnya ialah ilmu tidak seberapa tapi sibuk mempertikaikan pihak lain tidak ikut Rasulullah. Sedangkan pihak yang berkata nak ikut Rasulullah dan tak mahu ikut mazhab ni pun sebenarnya berhujah berdasarkan pandangan ulama tertentu yang dipelajarinya. Maka boleh lah dikatakan kepadanya bahawa dia telah mengikut mazhab ulama berkenaan bukannya ikut Rasulullah. 

Kalau benar-benar tak nak ikut mazhab mana-mana, terus sahaja buat rujukan kepada Rasulullah tanpa melalui perantaraan maklumat pihak lain. Terus sahaja kepada Rasulullah. Tapi macamana nak buat kerana Rasulullah dah tiada? Nak rujuk kepada hadis-hadis riwayat Imam Bukhari tak boleh kerana Imam Bukhari telah menentukan metodologi periwayatan hadisnya. Kalau kita ikut bermakna kita telah ikut mazhab Bukhari. Bukannya ikut Rasulullah. Kalau sampai ke tahap itu, Quran pun tak boleh pakai kerana Quran telah sampai kepada kita melalui jalan periwayatan generasi demi generasi ulama. Kalau tak nak ikut ulama, ambillah terus Quran itu dari Rasulullah. Tapi Rasulullah dah tiada. Teruk jadinya... Jadi Allah yang Maha Bijaksana awal-awal lagi telah menentukan dasar untuk beramal dalam apa sahaja perkara termasuk urusan keagamaan adalah sebagaimana ayat di atas. Bertanyalah kepada ulama.



Soal : Ada bnyk mazhab, mazhab mna yg betul?
Jwb  : err…
Soal : knp kita semua ikut mazhab as-Syafie? Kiranya mazhab ni sajalah yg betul ?
Jwb :  errr…. (konfius)

Mazhab yg pelbagai terbentuk drpd perbezaan metodolgi ulama dalam menganalisa maksud sesuatu hadis dan al-quran. Untuk memahami lebih dalam isu perbezaan pendapat ulama ni kenalah pelajari ilmu usul fiqh. Jgn salahkan ulama kerana sebenarnya perbezaan pandangan berlaku sejak zaman rasulullah lagi. Ada satu kisah, iaitu ketika pulang dari perang Khandak, rasulullah  bersabda :
مَنْ كَانَ سَامِعًا مُطِيْعًا، فَلاَ يُصَلِّيَنَّ الْعَصْرَ إِلاَّ بِبَنِي قُرَيْظَةَ
“Siapa yang mendengar dan taat maka jgnlah dia solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizhah.”

Kemudian di tengah perjalanan masuklah waktu solat Asar. Sebahagian berkata, “Kami tidak akan solat sebelum smpai ke sana (perkampungan Bani Quraizhah)“. Walaubagaimanapun, sebahagian yang lain berkata, “Kami akan solat, Baginda tidak memaksudkan itu (larangan solat)“. Dan apabila sampai kpd pengetahuan Rasulullah, Rasulullah mengiakan kedua-duanya.
Maka boleh disimpulkan, tidak menjadi masalah perselisihan pandangan ulama ni..kita boleh mengambil mna-mana mazhab. Tak ada masalah. Yg penting, jgn analisa hadis sendiri kononnya ingin terus smpai kpd Rasulullah. Persoalan knp kita mazhab as-Syafie.. hmm..nk buat mcamana. Dah mazhab as-Syafie dulu yg smpai dan diterima umum oleh masyarakat nusantara. Kalau mazhab hanafi misalnya yg smpai dulu, mungkin kita ni mzhab Hanafi.
Segala yang baik itu datang dari Allah, yg buruk itu dari hambanya sendiri :)