Translate

Saturday, August 8, 2015

Internship


Memilih untuk berpraktikal di firma syariah pada bulan pertama (Julai, time ni puasa dan raya) dan di mahkamah syariah pada bulan kedua (Ogos) . Pada awalnya aku fikir, ia bukanlah satu pilihan yang tepat. Bulan julai punya belambak cuti. Cuti umum, cuti raya.. aku hanya berpraktikal 15 hari di Azman Karim & Co. Tapi untuk bulan Ogos, aku akan berkhidmat secara penuh di mahkamah! Oh ibu. 


bersama bos yg sporting (Tuan Azman Karim)
Kalau lah pada bulan Julai aku praktikal di mahkamah, kemungkinan besar kurang 20 hari untuk aku tanggung penat ni hoho. Aku mula terfikir kenyataan itu hari ini. Kenapa hari ini? sebab harini dah seminggu. Bila fikir balik, betulla ketentuan Allah tu. Kalau bulan Ramadhan kene praktikal di mahkamah, mau lembik sebulan kene kerja macamni.



mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah Kepala Batas
Hari ini cukup seminggu aku berpraktikal di mahkamah syariah. Masih berbaki lagi 3 minggu. Banyak kali aku tanya diri, "seriously baru seminggu?". Aaah seminggu di mahkamah terasa sangat panjang.. panjang dan penat secara tepatnya. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan sebulan pertama praktikal di firma, suasana yang sangat santai, rilek, sempoi, watlek watpis. Aaah aku mula rindukan firma!

Di mahkamah aku belajar untuk patuh, sabar, dan istiqamah dalam kerja biarpun kerja yang kau akan buat tu sangat lah leceh dan renyah. Bayangkan yang leceh dan renyah itu bertimbun-timbun dan masih bertimbun bagaikan endlessly bertimbun walaupun dah seminggu kau buat. Jadi dia akan jadi..

leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-leceh-renyah-

ulang-ulang sampai cukup seminggu. 

Kerja-kerja leceh-renyah yang aku maksudkan adalah kerja-kerja pentadbiran. bhgain pentadbiran di handle oleh Kak Zihan sorg ja. Wah sangat tak dapat nak bayang macamana kak zihan sorg yang buat semua tu. Segala urusan surat-menyurat keluar masuk mahkamah perlu di scan dan di rekodkan di dalam sistem. Alhamdulillah sudah beratus-ratus surat berjaya kami rekod dalam sistem untuk seminggu ni, tapi masih beratus-ratus yang menunggu untuk di scan minggu depan. Pengsan.

Dalam pengsan itu aku rasa aku belajar sesuatu. Aku belajar rasa susah cari rezeki (even praktikal xdapat elaun). Oke tu nampak cliche.

Aku belajar, sesuatu yang nampak renyah-leceh tu, jangan kau pandang sebelah mata, jangan kau pandang rendah. Sebab kau tak tahu, boleh jadi renyah-leceh tu lah sebenarnya tulang belakang, tulang rusuk, kepada sesebuah institusi atau organisasi. Dan orang yang paling penting untuk tidak memandang rendah kepada pekerjaan tersebut adalah.. si polan yang bertanggungjawab dalam bahagian tersebut lah. 

satu analogi:

Jantung. seumur hidup kita, tugas utama dia cuma satu, pam darah keseluruh badan. Tugas jantung, M.E.N.G.E.P.A.M. Bunyi lekeh kot. Kerja as tukang pam ja. Hari-hari buat benda yang sama, cuma tahap kelajuan shj kadang-kadang berbeza. Ada hari-hari tertentu dia perlu pam lebih laju, contohnya di hari result exam keluar atau dihari akad nikah. tapi rutin hariannya tetap sama. MENGEPAM. 

Setelah bertahun-tahun melakukan rutin yang sama..maka si jantung mula rasa pekerjaanya renyah, lekeh dan membosankan. maka dia pun..berhenti mengepam. THE END. Tamat riwayat





Wednesday, July 9, 2014

kereta kebal, jet pejuang, kapal perang

Kami pilih memandu kereta kebal


Kamu yang itu pilih mengendalikan jet pejuang


Kamu yang ini pilih mengemudi kapal selam  perang


uish..mana bleh..hang guna senjata lain, kami guna lain. mana bleh mcm ni, mesti kena sama! hang tak support kami ni..

Rilek, bende boleh settle.

Kami pilih kereta kebal bukan bermaksud kami menolak jet pejuang, jauh sekali bermusuh dengan angkatan kapal perang. Nak buat macamana, kereta kebal dihatiku :p

Bezanya kita hanya pada senjata dan cara, tapi matlamat kita sama. Bezanya kita, variasinya kita.. sebenarnya menguatkan. Tak percaya..Jom, kita perang sama-sama.

Bayangkan... pasukan kereta kebal, jet pejuang, kapal perang, semuanya bersatu. Pasukan kereta kebal dengan penuh semangat mengongker (read: men-conquer) jalan darat, pasukan jet pejuang mengambil peranan menguasai ruangan udara, membuat serangan bertubi-tubi dari atas, dalam masa yang sama pasukan kapal perang yang lengkap bersenjata mengawal laluan.. tak ke kuat?

Tak mampu kereta kebal nak kawal laut dan udara semua.. tak kowwad (read : kuat) jugak jet pejuang nak handle darat dan laut, begitu juga kapal laut, tak menang tangan nak settle kan darat dan udara. Bila sama-sama berganding bahu, kan jadi lebih kuat untuk gempur.. kan jadi lebih hebat untuk tempur.

Tapi, jadi masalah bila :

(1) Tidak faham/salah faham matlamat perjuangan
(2) Tiada toleransi antara pasukan.
(3) Ada pasukan yang rasa "umpphh. pasukan kita lgi hebat dari depa, kita betul depa salah ", dan dengan lantang menghentam pasukan lain. Masa tu lah tiba-tiba ter-femes pulak nama binatang2 tertentu. sigh.
(4) Taksub atau fanatik kepada pasukan tertentu sehingga "ter"lupa matlamat utama.
(5) Tak dapat kenalpasti musuh sebenar. Yang ni lagi horror. Kapal perang bom kereta kebal, Kereta kebal buat serang balas. Jet pejuang lagi best.. bom dua-dua. Musuh kat depan duk sengih sambil set date untuk finish kan tiga-tiga pasukan.

Berlapang dadalah dengan variasi ini. Jangan pandang perbezaan ini sebagai satu penentangan. Kita boleh saling cover-mengcover, backup-membackup antara satu sama lain, Jangan saling menjatuhkan.

Untuk yang tak pilih apa2 senjata lagi, mulalah buat pilihan. Turunlah berperang, bergeraklah guna apa jenis senjata pun, asalkan jangan duk tidoq saja. Ada misi besar didepan yang nak disettle sama-sama.

Wallahu A'lam.

Wednesday, May 14, 2014

Serangan 39.

Kadang tak guna kau membalas
Boleh jadi rugi dgn mmbalas
Bukan kau kalah, tapi kau sabar
Kalah dan sabar besar bezanya
Tanpa sabar kau mungkin menang
Tapi bersamanya ssuatu yg hilang
Boleh jadi kau menang dgn sabar
Menang mungkin bkn sekarang
Tapi nanti lihatlah, kau mampu menang tanpa rugi sedikitpun

Friday, April 18, 2014

Solusi hati

Serabut, walaupun muka nmpak ceria tapi ada rasa tak selesa.
Assignment bertmbun tak perlu cerita.
Ditambah dgn lesen+ic yg ttiba2 mnyorok.
Urusan dunia 'kek' yg xsudah sudah
Pagi urus duit malam urus duit.

Duit,
siapa tak seronok. Tapi knpa rasa kosong. Rsa lacking. Mcm ada blmbak2 loop holes.
Tiba2 Allah dtgkan kak nad sayang. Tolong pesan untuk hati yg kering ni. Terima kasih Allah, terima kasih kak nad :')

 

Dan pada malamnya, rsa bgai ditegur secara terus. Kuasa Allah. ALLAH temukan hamba-Dia dengan kalam2-Nya.
 
Hamba Dia yg lupa.



http://elazhar.com/quran/image/4_039.gif

"Dan apakah (kerugian) Yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan keadaan mereka."

 

Alhamdulillah. Jumpa solusi hati. eh,bukan jumpa. Allah tunjuk :)

Saturday, March 15, 2014

Minta pada yang punya

Bismillahirrahmanirrahim

Lazimnya, kalau penat maka ubatnya tidur,
lapar ubatnya makan,
dahaga ubatnya minum,
bila kesempitan, ubatnya wang,
sakit, ubatnya.... ubat lah.

Tapi siapa dapat jamin lepas tidur konfem hilang ngntuk, lepas makan konfem kenyang, lepas minum konfem hilang dahaga, lepas rehat konfem kuat, lepas makan ubat konfem sihat... siapa dapat jamin?

hakikatnya..
Bukan tidur yg mnghilangkan mengantuk, bkn makan yg mnghilangkan lapar, bukan minum yg mnghilangkan dahaga, bukan wang yg memberi kelapangan, bukan rehat yg menghilangkan penat, dan bukan ubat yang menyembuhkan sakit.

Hadirnya mereka dengan kehendak Allah. Perginya mereka, kenapa tidak? minta saja pada yang punya, yang Maha kuasa :) Segalanya dengan izin Allah

Sunday, March 2, 2014

poligami


Bismillahirrahmanirrahim

"Poligami? Itu sunnah!"

Lantang betul. Samala jugak Kailulah (take a nap) . Sunnah dua tu je yang lantang nye, sunnah2 lain? Wallahu a'lam. Lantang juga insyaAllah ye..

Post kalini, sama juga seperti sebelum-sebelum ini, berkisar tentang dialog antara saya dan abah. Orang kata, tipu lah kalau seorang lelaki itu tak pernah timbul rasa nak berpoligami. Maka, bermulalah soalan pertama diajukan.

"Bah, abah ada rasa nak tambah isteri lagi satu tak?"

"Ada!", dijawab tanpa ragu. Riaksi mukaku berubah. Aku melihat mak yg berada bertentangan dengan abah, kelihatan tenang saja. Pelik, aku yang emo.

"mak ok je?" . Mak mengangguk. "ok je.."

"tapi untuk kehidupan yang ini abah tak tambah laa..", sambung abah. "abah takut tak mampu nak bawak semua isteri-isteri abah masuk syurga."

* Kehidupan yg ini 
sebgaimana yg kita maklum, hidup kita itu dua kali, yg pertama di dunia - dan kemudian mati. Yang kedua itu kehidupan di akhirat, alam dimana mati itu sendiri telah mati, maka tiada lagi mati ketika itu.
_____________________

Dipendekkan cerita, aku bertanya adakah seseorang lelaki yg ingin berpoligami perlu memberi alasan mngapa dia ingin berpoligami. Dan abah kata tak perlu.

di akhir perbincangan, aku makin mula memahami and come out with an analogy yg agak2 senang dan ringkas :

Ali suka makan nasi kerabu. Suka sangat-sangat. Satu hari Ali nampak chipsmore, dan dia mula suka makan chipsmore. Bukanlah bermakna dengan Ali suka chipsmore, Ali terus takde hati dkat Nasi Kerabu, jauh sekali melupakan Nasi Kerabu..Nasi kerabu itu masih mnjadi favourite. Walaupun nasinya biru seperti biasa, rasanya enak seperti biasa, budu, ikan goreng, telur masin.. masih lengkap seperti biasa. Bak kata orang, Semuanya perfect! tapi, salahkah untuk Ali suka chipsmore? Adakah dengan Ali suka chipsmore bermaksud Ali xbersyukur kerana sudah ada Nasi Kerabu?

Begitulah analogi yg difikir2 ke-logik-kan nya nk diaplikasikan dalam situasi poligami ni. dengan nasi kerabu, chipsmore semua timbul. Tapi analogi ni hanyalah pada pandangan saya yg masih banyak jahilnya. Siapa-siapa yg nak tegur, saya terbuka saja.

Walaupun sudah sedikit sebnyak memahami konsep poligami ni, tapi, jauh disudut hati, Saya ingin seperti Saidatina Khadijah, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Rasulullah. Saya juga ingin seperti Saidatina Fatimah, putri Rasulullah, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh suaminya, Ali.




Tuesday, February 4, 2014

a moment to remember : precious


Alkisahnya, nak balik usim. Timbul isu bila diusulkan nak drive sorang2. Jadi cuba cari alternatif yg nampak sedikit baik, iaitu drive sorg2 hanya sampai Ipoh, dan ambik kawan (mirawani) dari situ, dan berdua terus ke usim.

Pada awalnya usul agak mendapat respon yg baik dari kedua bos besar, tapi makin lama dibincang, makin kurang harapan. Akhirnya,  mahkamah keluarga memutuskan untuk konvoi ke ipoh dengan dua kereta. Sampai sana, ambik kawan, me-straight ke usim, mak abah akan balik rumah dgn kereta lagi satu.

Mawaddah rasa mcamana? ada rasa terkongkong ke mak abah buat mcmni?

emm.. emmm.. tak.

habis rasa apa?

mwdh rasa...emm.. rasa macam, precious :p

ha? pressure? ooo pressure.

tak laaa. precious laa.. abah tak penah dengar ke precious.

apebende precious?

*google-ing*


ni ha bah.. precious.

" one who is dear or beloved " ohh, mawaddah rasa rusa.

ha'a bah. rusa. rusa sangat.




*sikit pun tak rase terkongkong bah :)*