Translate

Saturday, December 17, 2011

#14 - C.I.N.T.A.

MySpace

Di sebuah taman kota cosmopolitan 2001, Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi nyang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragic. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan injin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu mengharukan. Di dalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya : Tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta sejati yang suci ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah.


Sebuah kisah lain tentang tragedy cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anak mati tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedy bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedy pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia Berjaya menacapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya. Nauzubillah!


-gambar hiasan-

Di sebuah rumah di jazirah arab 1400 tahun yang lampau Abdullah bin Abu Bakr baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang begitu sempurna menurut pandangan manusia.

Pada suatu hari ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau mendapati anaknya sedang berbual-bual dengan atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan terus jalan ke masjid.

Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar apabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : “Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dalam kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia! “

Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu Bakar mendapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mula sibuk dengan isteri yang cantik. Ketika beliau mendapati Abdullah terpesona dengan keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.

Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isterinya yang cantik dan amat dicintainya. 
Subhanallah !!!


dipetik dari MIHWAR

No comments: