assalamualaikum :)
Melangkah ke dunia Universiti,
maka secara automatiknya kita telah atau akan ter’expose’ dgn segala mcm bnda di
dunia ini yg berkaitan dgn kefahaman dari segi aqidah dan feqah. Dan skrg ni,
di mna-mna university pun, semestinya para pelajar akan selalu diajukan dgn
‘tricky question’ samada dari org luar ataupun pensyarah itu sendiri yg mna,
jika kita tidak mmpunyai pendedahan yg mndalam mngenainya, dikhuatiri
mnyesatkan. Disini, ada cntoh2 soalan yg agak hot dibincangkan, sila scroll ke
bawah ye...
Soalan :
Soal: Kita mazhab apa?
Jawab: Mazhab Syafie.
Soal: Rasulullah mazhab apa?
Jawab: ????
Soal: Kita kena ikut siapa?
Jawab: Ikut Rasulullah lah.
Soal: Habis tu kenapa ikut mazhab? Kita di suruh ikut Rasulullah. Bukan
Ikut mazhab. Betul tak?
Jawab: ??? Konfius ….
HURAIAN MASALAH
Memang kita wajib ikut Rasulullah SAW. Itulah perintah Allah SWT.
Tapi bagaimana nak ikut Rasulullah?
Rasulullah dah lebih 1000 tahun meninggalkan kita. Jadi bagaimana nak
ikut Rasulullah?
Lalu bila kita buka al-quran, maka jumpalah ayat :
{فاسألو أهل الذكر
إن كنتم لا تعلمون}
Maksudnya : Maka bertanyalah kepada (أهل الذكر) org yg mngetahui
sekiranya kamu tidak mengetahui.
(أهل الذكر) yakni org yg mngetahui
mmbwa maksud para ulama’. Mana mungkin untuk kita terus mengikuti sunnah
Rasulullah yg telah lebih 1000 tahun mninggalkan kita tanpa melalui ulama. Mana
mungkin utk kita menganalisa hadis sendiri tanpa berpandukan ulama. Nak
analisa sendiri? Hadis berapa banyak kita hafal? Ilmu hadis pun tak seberapa. Quran
tak hafal. Ilmu quran tak ada. Bahasa arab reti sepatah dua je. Ilmu bahasa
arab setakat SPM je lah buat bekal. Ini kita yang sekolah agama. Yang tak
sekolah agama pulak lagi la tak seberapa ilmunya.
Kita mengikuti mazhab BUKAN brmaksud kita tidak mengikut Rasulullah. Mengikuti
mazhab brmaksud kita sedang mengikuti Rasulullah melalui jalan
yang dilalui oleh para ulama. Kenapa mengikut jalan ulama? Kerana
mereka lebih mengetahui. Mereka mendalami bidang ilmu ini. Mereka
memiliki tahap kemampuan ilmiah sehingga berupaya berijtihad sendiri. Wajiblah
bagi orang yang kurang mengetahui mengikut bimbingan para ulama. Haram
mengada-adakan sendiri metode beragama berdasarkan tahap keilmuan yang
cetek. Kerana itu bercanggah dengan perintah Allah dalam ayat di atas
serta akan membawa kepada kesesatan yang jauh.
Masalahnya
ialah ilmu tidak seberapa tapi sibuk mempertikaikan pihak lain tidak
ikut Rasulullah.
Sedangkan pihak yang berkata nak ikut Rasulullah dan tak mahu ikut
mazhab ni pun sebenarnya berhujah berdasarkan pandangan ulama tertentu
yang dipelajarinya. Maka boleh lah dikatakan kepadanya bahawa dia telah
mengikut mazhab ulama berkenaan bukannya ikut Rasulullah.
Kalau benar-benar tak nak ikut mazhab mana-mana, terus sahaja buat rujukan kepada Rasulullah tanpa melalui perantaraan maklumat pihak lain. Terus sahaja kepada Rasulullah. Tapi macamana nak buat kerana Rasulullah dah tiada? Nak rujuk kepada hadis-hadis riwayat Imam Bukhari tak boleh kerana Imam Bukhari telah menentukan metodologi periwayatan hadisnya. Kalau kita ikut bermakna kita telah ikut mazhab Bukhari. Bukannya ikut Rasulullah. Kalau sampai ke tahap itu, Quran pun tak boleh pakai kerana Quran telah sampai kepada kita melalui jalan periwayatan generasi demi generasi ulama. Kalau tak nak ikut ulama, ambillah terus Quran itu dari Rasulullah. Tapi Rasulullah dah tiada. Teruk jadinya... Jadi Allah yang Maha Bijaksana awal-awal lagi telah menentukan dasar untuk beramal dalam apa sahaja perkara termasuk urusan keagamaan adalah sebagaimana ayat di atas. Bertanyalah kepada ulama.

Soal : Ada bnyk mazhab, mazhab mna yg betul?
Jwb : err…
Soal : knp kita semua ikut mazhab as-Syafie? Kiranya mazhab ni sajalah yg betul ?
Soal : knp kita semua ikut mazhab as-Syafie? Kiranya mazhab ni sajalah yg betul ?
Jwb : errr…. (konfius)
Mazhab yg pelbagai terbentuk drpd perbezaan
metodolgi ulama dalam menganalisa maksud sesuatu hadis dan al-quran.
Untuk memahami lebih dalam isu perbezaan pendapat ulama ni kenalah
pelajari ilmu usul fiqh. Jgn salahkan
ulama kerana sebenarnya perbezaan pandangan berlaku sejak zaman rasulullah lagi. Ada satu
kisah, iaitu ketika pulang dari perang Khandak, rasulullah bersabda :
مَنْ كَانَ سَامِعًا مُطِيْعًا، فَلاَ يُصَلِّيَنَّ الْعَصْرَ
إِلاَّ بِبَنِي قُرَيْظَةَ
“Siapa yang
mendengar dan taat maka jgnlah dia solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizhah.”
Kemudian di tengah perjalanan masuklah waktu solat
Asar. Sebahagian berkata, “Kami tidak akan solat sebelum smpai ke sana (perkampungan
Bani Quraizhah)“. Walaubagaimanapun, sebahagian yang lain berkata, “Kami akan
solat, Baginda tidak memaksudkan itu (larangan solat)“. Dan apabila sampai kpd
pengetahuan Rasulullah, Rasulullah mengiakan kedua-duanya.
Maka
boleh disimpulkan, tidak menjadi masalah
perselisihan pandangan ulama ni..kita boleh mengambil mna-mana mazhab.
Tak ada masalah. Yg penting, jgn analisa hadis sendiri kononnya ingin
terus smpai kpd Rasulullah. Persoalan knp kita mazhab as-Syafie..
hmm..nk buat
mcamana. Dah mazhab as-Syafie dulu yg smpai dan diterima umum oleh
masyarakat nusantara. Kalau mazhab
hanafi misalnya yg smpai dulu, mungkin kita ni mzhab Hanafi.
Segala yang baik itu datang dari Allah, yg buruk itu dari hambanya sendiri :)
No comments:
Post a Comment