
Di sebuah taman kota cosmopolitan
2001, Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar.
Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi nyang masih terlalu awal
ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan
kepada sepasang muda mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman
tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah
mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragic. Apa yang terjadi
sebenarnya?
Ternyata sepasang muda mudi itu
nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan injin
kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan
saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara
dua jasad tersebut. Begitu mengharukan. Di dalam kereta tersebut ditemui
selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya : Tolong
jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi
kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa
mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta sejati yang suci ini kerana orang
tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah.

Sebuah kisah lain tentang tragedy
cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut
laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan
anak mati tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedy
bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman
asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu
saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedy pun bermula.
Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya
pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di
perutnya. Namun sebelum rebah ia Berjaya menacapkan belati di jantung anaknya.
Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya. Nauzubillah!

-gambar hiasan-
Di sebuah rumah di jazirah arab
1400 tahun yang lampau Abdullah bin Abu Bakr baru saja melangsungkan pernikahan
dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia
seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah
tentu Abdullah amat mencintai isteri yang begitu sempurna menurut pandangan
manusia.
Pada suatu hari ayahnya Abu Bakar
RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di
masjid. Namun apabila beliau mendapati anaknya sedang berbual-bual dengan
atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan terus jalan ke
masjid.
Setelah selesai menunaikan solat
Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu
Bakar apabila beliau mendapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya
sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA
segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “wahai Abdullah, adakah kamu
solat berjemaah?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : “Wahai Abdullah,
Atikah telah melalaikan kamu dalam kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga
telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia! “
Demikianlah perintah Abu Bakar
kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu Bakar mendapati anaknya mula melalaikan
hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mula sibuk dengan isteri yang
cantik. Ketika beliau mendapati Abdullah terpesona dengan keindahan dunia
sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana tanggapan
Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus
menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isterinya yang cantik dan amat
dicintainya.
Subhanallah !!!

dipetik dari MIHWAR