Bismillahirrahmanirrahim
"Poligami? Itu sunnah!"
Lantang betul. Samala jugak Kailulah (take a nap) . Sunnah dua tu je yang lantang nye, sunnah2 lain? Wallahu a'lam. Lantang juga insyaAllah ye..
Post kalini, sama juga seperti sebelum-sebelum ini, berkisar tentang dialog antara saya dan abah. Orang kata, tipu lah kalau seorang lelaki itu tak pernah timbul rasa nak berpoligami. Maka, bermulalah soalan pertama diajukan.
"Bah, abah ada rasa nak tambah isteri lagi satu tak?"
"Ada!", dijawab tanpa ragu. Riaksi mukaku berubah. Aku melihat mak yg berada bertentangan dengan abah, kelihatan tenang saja. Pelik, aku yang emo.
"mak ok je?" . Mak mengangguk. "ok je.."
"tapi untuk kehidupan yang ini abah tak tambah laa..", sambung abah. "abah takut tak mampu nak bawak semua isteri-isteri abah masuk syurga."
* Kehidupan yg ini
sebgaimana yg kita maklum, hidup kita itu dua kali, yg pertama di dunia - dan kemudian mati. Yang kedua itu kehidupan di akhirat, alam dimana mati itu sendiri telah mati, maka tiada lagi mati ketika itu.
_____________________
Dipendekkan cerita, aku bertanya adakah seseorang lelaki yg ingin berpoligami perlu memberi alasan mngapa dia ingin berpoligami. Dan abah kata tak perlu.
di akhir perbincangan, aku makin mula memahami and come out with an analogy yg agak2 senang dan ringkas :
Ali suka makan nasi kerabu. Suka sangat-sangat. Satu hari Ali nampak chipsmore, dan dia mula suka makan chipsmore. Bukanlah bermakna dengan Ali suka chipsmore, Ali terus takde hati dkat Nasi Kerabu, jauh sekali melupakan Nasi Kerabu..Nasi kerabu itu masih mnjadi favourite. Walaupun nasinya biru seperti biasa, rasanya enak seperti biasa, budu, ikan goreng, telur masin.. masih lengkap seperti biasa. Bak kata orang, Semuanya perfect! tapi, salahkah untuk Ali suka chipsmore? Adakah dengan Ali suka chipsmore bermaksud Ali xbersyukur kerana sudah ada Nasi Kerabu?
Begitulah analogi yg difikir2 ke-logik-kan nya nk diaplikasikan dalam situasi poligami ni. dengan nasi kerabu, chipsmore semua timbul. Tapi analogi ni hanyalah pada pandangan saya yg masih banyak jahilnya. Siapa-siapa yg nak tegur, saya terbuka saja.
Walaupun sudah sedikit sebnyak memahami konsep poligami ni, tapi, jauh disudut hati, Saya ingin seperti Saidatina Khadijah, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Rasulullah. Saya juga ingin seperti Saidatina Fatimah, putri Rasulullah, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh suaminya, Ali.