Translate

Thursday, December 27, 2012

#29 Exam Freak !


Saja tiba-tiba rasa mcm nk sembang dgn simsimi pukul 2.30 pagi

hey~

Tuesday, July 17, 2012

#28 - Redha. But never quit!



Assalamualaikum.
Finally, web http://esst.usim.edu.my berjaya jugak dibuka harini selepas kematu habis jari2 ni nk reload web tu. Sebenarnya dari semalam lagi dh mnx kawan tlg tengokkan, so dah tawu dh la resultnye..



Alhamdulillah . . dapat seperti yg diharapkan . Tapi , tak de pulak nak rasa happy . Rasa sedih lagi ada la . .

Sebab?
Ramai sahabat2 yg ditukarkan ke course FIFA - Fiqh dan Fatwa . Lagi sedih, kawan-kawan yg memang teror law tahap terorist  (-_-)  pon ditukarkan ke sana.

Sebab?
diorg xmelepasi syarat masuk SMSU
Syarat-syarat nak masuk SMSU - Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang ialah 
1.  MUET band 4, 
2. ataupun, kalau xdapat band 4, mestilah sekurang-kurangnya A- dalam subjek English during SPM .

mcam pelik kan. Hanya sebab English . huhu . So, i was like . . .




Benda ni dh dibincangkan berjela-jela panjangnya dari dulu lagi sebenarnya. Dan diakui oleh pentadbiran, lecturer2, bahawa sapa2 yg tak lepas kedua-dua syarat tetap akan masuk SMSU dulu setahun. Dalam masa setahun tu diorg kene struggle bg dpt Band 4 jugak. Kalau xdapt baru dipindahkan ke kos lain.

Benda ni memang semua org maklum!! Tapi tengok2 . . huhu . Smua yg xdapat band 4 dan x A dlm English, terus ditempatkan di Fifa. So, today, we learn something..

R - E - D - H - A 

It doesnt mean that u quit, weak or something . It means, you believe that Allah had a better plan, you are strong enough to let it go and by this belief, u strive harder to achieve SUCCESS which Allah had fated to be the best for you .       Ada grammar mistake tlg oyak deh.           

And sebenarnya utk kawan-kawan yg nk sangat smbung SMSU, ada chance lagi .. iaitu, dngn dpt band 4 utk MUET yg korg tngah ambik ni. Tadi ada kawan bgitau. Beliau kata camtu la, kalau dpt band 4, nanti boleh mntak kat dekan utk msuk SMSU . Haa..this is your chance, maybe your only chance ! So, GO and STRIVE for it !


Dalam duk tengah-tengah sedih and brusaha terima takdir yg ktorg memang xduk kuliah sekali, sempat lagi membuat aktiviti yg kononnya utk release tension. haha. Naseb ada orang yg nak tlong layan kan Saadah :D


Aktivitinye camni . 

Step 1.
Tukarkan nama fb anda. Saya tukar fb saya jadi nama Takde Sape


 Step 2. 

Tulis status.  "masok SMSU"
So dia akan jadi . . . .


haha :D

Step 3.
Like status-status orang , komen-komen orang . Dalam projek kalini , status2 and komen2 saadah la jadi bahan eksperimen . So dia akan jadi, "Takde Sape likes your comment"   hahaha

sori gambar terlalu kecik. Harap-harap nampak la ye

Step 4.
Sudah-sudah la tu.. rasanya boleh tukar nama fb anda kepada sediakala.

 =..=        =..=         =..=        =..=        =..=        =..=        =..= 

Sampai sini je post kalini . Walaupun course kita lain-lain ,  tapi kita tetap 1 universiti , satu fakulti , satu kolej kediaman, makan dekat 1 cafe jugak .. beli cucuk2 dekat tempat yg sama jugak :)  InsyaAllah boleh jumpa selalu . . 


 :' )


Saturday, July 14, 2012

#27 - jaket PERSANA

Alhamdulillah, finally dpt pon jaket PERSANA ! Terima kasih tak terhingga kpd SUMAIYAH :D kerana beliau la yg bertungkus lumus bg settle jgk urusan jaket ni...


credit to : Syafa and Adibah yang susah-suah mai tolong hantaq smpai rumah :)

komen : cantek! kain pon elok . . siap ada tulisan khat lagi kat blakang .

# ready mata la nk baca tulisan ni . . orang berseni ja bleh baca ^^

al-jam'iyah as-sanah as-sadisah al-masriyah
(persatuan tingkatan enam al-masriyah)

*pinjam dia buat jadi model jap*

ni la rupa jaket tu . . lpas ni boleh kita pakai ramai2 . . wink wink


Monday, July 9, 2012

#26 - Ramadhan Datang Lagi !!

http://www.zullnadz.com/wp-content/uploads/2011/08/ahlan_ramadhan.jpg 

Ramadhan
"Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
 Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan doa kita di ijabah
"
 (quoted)

Assalamualaikum semua =)
pejam celik pejam celik... dah 19 Syaaban *iaitu bersamaan 9 julai* . Lagi berapa hari nak Ramadhan, boleh kira sendiri kot.

Persoalannya,  هل انتم مستعدون؟

Soalan ini saya tujukan kepada diri saya sendiri khususnya dan juga kepada mereka yg baik hati bukak blog saya :)
Bersediakah saya? Bulan dimana semua umat islam tak lepaskan peluang merebut 'voucher' Kerahmatan, Keampunan, dan Pelepasan dari api neraka Allah. Persediaan orang lain sekarang mungkin dah dah nak masuk Gear 4, tak pun Gear 3. Saya? Awak? Entah dah start enjin entah tak.

Bagi yang tak start enjin lagi tu, boleh mula start dah kot. (saya la tu) InsyaAllah tak terlambat lagi.

Tapi kan..tapi kan..kejap-kejap. Chengkemanyong *korea la kunun*. Bersedia..bersedia apa ni? Nak puasa nanti tahan lapar dengan dahaga ja lah. Nak excited bersedia lebih-lebih apasal pulak?

Nabi Muhammad s.a.w ada mengingatkan persoalan ini dalam sabdanya yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga."

Selain itu, Nabi SAW menyebut dalam sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan pada Ramadan, maka Allah tidak memerlukan apa-apa daripada puasanya.” (Hadis riwayat Bukhari). 

Pernah Baginda SAW menyebut ‘amin’ ketika naik mimbar pada satu Jumaat. Apabila ditanya Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya aku mendengar Jibrail menyebut: Amat rugilah mereka yang mendapat peluang Ramadan sedangkan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.”

Therefore, untuk tak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi, kita kena prepare dari sekarang laa, hokey? Prepare macamana tu? Haa.. kawan-kawan semua boleh rujuk sini.

Kalau tak rajin rujuk situ, xpelah, saya tulis balik. Tapi versi sayalah.
 
First, kita prepare dari segi kesihatan kita. Nak beribadah banyak2 macamana kalau sakit, kan?

Second, pertingkatkan ilmu pengetahuan kita mengenai perkara-perkara yang membatalkan, puasa, perkara2 makruh, perkara2 sunat dan perkara2 yg digalakkan utk kita lakukan pada bulan Ramadhan. Kita cari info-info mengenai bonus2 yang ada hanya dibulan Ramadhan, contohnya Lailatul Qadr, Solat Tarawih, dll.

Then, kita cuba tanam dari sekarang. Aku beribadah ini, ikhlas kerana Allah. Aku pergi masjid ni.. hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Objektif2 karut kita yang dulu, contohnya niat ke masjid hendak mengorat anak dara Tok Penghulu, ataupun meng'usya' anak teruna Pak Ali yang baru balik mesir, jd bilal masjid pulak tu..ataupun dengan niat nak membuktikan kat uncle-uncle ataupun untie-untie, "bahawasanya sayalah calon menantu yang paling ideal di dunia." Buang semua niat-niat merepek tu ye : )

Next, selalulah kita berdoa "Allahumma Ballighna Ramadhan". Doa ini sebagai satu tanda bahawa kita sangat mengharapkan kurniaan 'voucher' Allah yang tiga tu. (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka)

Kemudian, mujahadah untuk bangun malam. *oh-ini-saya-sangat-lemah* T___T
InsyaAllah saya akan cuba!

Pastu, jaga lidah, ingatkan + ajak orang lain utk bersedia menyambut Ramadhan, and last but not least, buat semua perkara diatas.

Ha! Dengan sukacitanya saya nak share kpd kawan-kawan 1 benda. Ramai orang dah ada kot, xpa. ni untuk orang yang xdak. Seorg sahabat saya ada post dekat fb bnda ni.. and saya rasa, tak rugi share dengan orang lain.

Mutaba'ah amal. *abaikan 1432 H tu*

Mutaba'ah amal ni adalah bertujuan untuk latih kita supaya istiqamah (berterusan) dalam beribadah. Kalau borang ni nampak mcam panjang sangat, boleh je korang nak buat list sendiri. Sebagai permulaan kan..sikit pun xpe. Janji berterusan. Sebab apa yang kita nak kualiti, bukan kuantiti.

#ingat lagi dulu-dulu time kecik (kecik la sangat. tua dah kot) main tanda ikut dan ja borang ni. b l u r

Hmm..tu je kot buat masa ni. Panjang umur kita jumpa lagi. Aslmkm  :)

Wednesday, June 20, 2012

#25 - Another tutorial 2 ?

Aku ingat akulah orang yang paling rindu kepada Tutorial 2. Tngok2 ada lagi dasyat. Haha, tak larat nk sengih dah ni. Ttiba bez plak kalau letak dlm blog bnde ni.



printscreen, trus letak. malas nk crop2..  ini ialah contoh, rindu terhadap kelas n kawan2 pada tahap kronik. haha.

Tuesday, June 19, 2012

#24 - Sahabah until JANNAH :)

Kebanyakan orang buat post mengenai kawan-kawan ni, bila baru-baru berpisah..baru lepas mjlis farewell.. tp, aku baru rasa nk buat bila dah nk dekat dua bulan cuti.. bila tengok balik gambar-gmbar masa muda-muda zaman tamhidi dlu (bajet mcm aku dh dgree tahun 4 je), rasa rindu sangat-sangat dekat depa2 smua tu, tak dpt nak digambarkan dngn gmbar-gmbar yg akan diletakkan kejap lagi.

our lives are made
In this small ours
these little wonders
 these twists and turns of fate
time falls away, but these small hours
these small hours..
will remain forever in my heart


Kawan-kawan tutorial 2 yang sporting habis!







Yang atas dan kiri sekali, tu kek Birthday pertama saya di KKNC. Terharu sngt :D.. thnx alot ! Menurut mereka..mereka bake sndiri kek tu.. haha, kita percaya p la kan..tp last2 kantoi jugak..apa2 pun..kome2 mmg the bez!  Sebelah tu pulak, Birthday Umi.. walaupun kek tu bukanla beli dari secret recipe, tapi rasa, lebih kurang sama ja.. :)  haah, yg KFC tu, tu birthday Aisyah.. ngeh3.. nmpk kek tu? kek mahal tu..sapa ntah beli ?   Finally, kek yang paling sedap and cantek... hehe.. kek Saadah   Sanah Helwah semua !
























Haaaah.. my scrapbook!! hehehe
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada kawan-kawan yg bnyk mmbantu saya mnyiapkan buku scrap ni. Kita sama-sama menggunting, menampal, menempek, melukis, mewarna..dan paling tak tahan, menyanyi. Thanx to laptop saadah.

Farewell dinner.
Ktorg goreng n masak sndiri semua. Saadah mcm biasa, dgn kek batik beliau yg superb. Geng2 Ana buat puding yg paling sedap didunia. Budak laki, hoho..masak nasik goreng dgn buat air koktel yg sangat marvelous. Pergh..puji abis ni..


Seriously, saya tak rindu awak, saya tak rindu dia, saya tak rindu beliau. Apa yang saya rindu.. KITA

Tuesday, June 12, 2012

#23 - Solidarity with palestinian prisoners on hunger strike

Baca je tajuk post ni, saya rasa 99.999 pngguna tegar facebook dah pernah dengar, kan?
Kita semua ramai2 tukar DP sebagai tanda sokongan kita kepada mogok lapar banduan-banduan Palestine yang dipenjarakan oleh Israel.

Antara tuntutan2 mereka ialah :
- memenuhi hak mereka sebagai tawanan perang
- diberikan hak untuk dilawati
- hak berpendidikan

Apakah sebab penukaran DP  sebenarnya??

sbb lawa?
sbb semua orang tukar...kot?
kena tahu sbb ke? Ni trend je kot..
kawan aku suruh.. aku ikut je

no..no..no..

Simbolik Penukaran avatar ini (DP) sebenarnya ialah:

1. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

2. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

3. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

4. Logo di sebelah kanan bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

Disebabkan sedikit rajin, saya berjaya mengumpulakn sedikit sebanyak avatar-avatar DP dalam usaha menyokong kempen ni. Mmg kreatif btul orang-orang kita 





mcm garaa pon ada



































 
---------HOT STUFF---------


sasuke pon nk kempen gak ...

Pergh... iron man pon turun padang
boboiboy, terbaek!
Batman sedia membantu
ni apa pulak?
Domo, hang comel sgt aih buat macam tu
Goku dh mula ikut sunnah
(ada jnggut)
siap sedia dgn kuasa current
Yuna or Najwa Latif ???
Hah ! Otromen pon ada... mna nk lawaaan..
upin ka ipin ni?
bapa 1 Malaysia


Ustaz Don??? maybe??


apa-apa pun...
YEAAAHHH !